Azza Izzura Enterprise PG0239258-P. Powered by Blogger.
RSS

InfoKami



Mengenai Azza Izzura Enterprise (PG0239258-P)

Salam perkenalan dan terima kasih kerana melayari website/blog ini. 


Kami dari Azza Izzura Enterprise menjalankan perniagaan dalam indusri tekstil/fabrik iaitu khusus dalam penjualan cadar, langsir, dan hiasan pelengkap kediaman dengan menawarkan pelbagai corak eksklusif dan terkini hasil dari rekaan syarikat bumiputra yang berpusat di Pulau Pinang. 


Kami amat berbangga dalam menyajikan rekaan dan corak yang menyisipkan sentuhan berciri Moden, Ala Inggeris dan Klasik yang dapat menyemarakkan suasana kemewahan di ruang kediaman anda dengan pakej harga istimewa yang pasti mampu anda miliki. 


Kami menghasilkan produk yang berkualiti kerana diperbuat daripada kain yang bermutu tinggi dan diharap mampu menambat hati dan memenuhi citarasa anda yang sentiasa inginkan kelainan dalam menghias kediaman anda. 


Kami juga akan sentiasa memperbaharui dan mempelbagaikan rekaan corak dan warna dengan cetusan idea yang menarik serta kreatif mengikut trend masa kini. 


Kepada bakal pelanggan kami, kami prihatin dengan kebimbangan anda terhadap warna yang dikhuatiri tidak sama dengan gambar yang dipamerkan seperti yang pernah anda beli di buku-buku katalog. Kami telah mengambil inisiatif ini dengan berani memberi jaminan bahawa setiap produk yang dipamerkan adalah sama dengan warna yang ditawarkan disini. Sila komen di ruangan testimoni jika anda tidak berpuashati.


Diharap anda dapat memberi sokongan, galakan atau komen yang membina untuk sama-sama kita memartabatkan perniagaan bumiputera kita. 


Sekian, terima kasih, 

Puan Azza 
Webmaster
Azza Izzura Enterprise 

Puan Azza

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Call/SMS/Whatsapp : 013-4268676

My photo
Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
Saya hanya menjalankan business ini secara online atau ambil sendiri.